Asam PedasMakan TengahariSelangorShah Alam

Asam Pedas Mak Kiah Tradisi Johor, Shah Alam. Rasa Asli Muar!

Asam Pedas Mak Kiah

Team MySelera sekali lagi dijemput untuk merasa dan review menu baru  di Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7 Shah Alam iaitu Asam Pedas Mak Kiah. Wah, ini berita baik buat peminat asam pedas, tak perlu pergi jauh-jauh ke Johor kerana Asam Pedas Mak Kiah yang dimasak dalam claypot kini berada di Shah Alam (untuk makan tengah hari dan petang).

Restoran Bisik-Bisik yang terkenal dengan Mee Bandung Muar Original Udang Galah XXL, baru sahaja mula memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Asam Pedas Claypot pada minggu kedua bulan Januari 2014.

Pelanggan Restoran Bisik-bisik pada waktu petang kerana Asam Pedas Mak Kiah 2

Pelanggan Restoran Bisik-bisik pada waktu petang kerana Asam Pedas Mak Kiah 2

Menurut pemiliknya, idea untuk mula menjual Asam Pedas Mak Kiah terhasil apabila ibunya Mak Kiah yang menjual Asam Pedas di kampung dirompak pada bulan Dec 2013. Oleh kerana masih trauma, pemilik Restoran Bisik-Bisik memberi idea untuk teruskan perniagaan asam pedas dengan resepi Mak Kiah di Shah Alam. Kini, Restoran Bisik-bisik mempunyai tarikan baru.

Antara menu asam pedas yang terdapat di Restoran Bisik-Bisik :

  • Asam Pedas Ayam – RM6.90
  • Asam Pedas Ikan Kembong – RM7.90
  • Asam Pedas Ikan Tenggiri – RM8.90
  • Asam Pedas Ikan Pari – RM8.90
  • Asam Pedas Ikan Jenahak – RM10.90
  • Asam Pedas Ikan Merah – RM10.90
  • Asam Pedas Kepala Ikan – RM 15.00 – RM25.00
Nasi putih asam pedas mak kiah di Restoran Bisik-bisik

Nasi putih bersama sambal belacan dan ikan masin

Asam pedas ikan pari dalam claypot di Restoran bisik bisik shah alam

Asam Pedas Ikan Pari dalam Claypot

Asam pedas ayam claypot kaw kaw di Restoran bisik bisik shah alam

Asam Pedas Ayam dalam claypot kaw kaw..

Kangkung Masak Belacan di Restoran bisik bisik shah alam

Kangkung Goreng Belacan .. Menu tambahan

Eh,…Asam pedas dalam claypot? Special kan?  Sebenarnya asam pedas dalam claypot lagi sedap. Kuahnya menjadi lebih pekat dan umpph!! marvelous!!

Asam pedas ini dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan juga ikan masin.

Jika terasa perlu lauk tambahan, boleh pesan sayur goreng atau telur dadar. Kami pilih Kangkung Goreng Belacan memandangkan fenomena kangkung yang melanda negara.

Air katira dan Bandung soda di Restoran bisik bisik shah alam 2

Air katira dan Bandung soda menjadi pilihan di Restoran Bisik-Bisik

Tidak lengkap jika datang ke Restoran Bisik-bisik kalau tak minum air kegemaran penulis iaitu Air Katira dan juga Bandung Soda.

Untuk peminat asam pedas original Johor, jika ada masa jom singgah ke Restoran Bisik-bisik ,Shah Alam untuk nikmati Asam Pedas Kaw Kawwww dalam claypot. Betul la orang kata, resepi tradisi dan turun temurun lah menjadi faveret pencinta makanan.

Asam pedas kaw kaw di Restoran bisik bisik shah alam

Jangan lupa singga makan Asam Pedas Mak Kiah Tradisi Johor di Restoran Bisik-Bisik Shah Alam

 


Restoran Bisik-bisik
No. 9/10, Jalan Zirkon B7/B,
Kompleks Anjung 7, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 017- 758 4680/017 -7317803
Facebook : https://www.facebook.com/asampedasmakkiah

Operation hour : 
Menu Asam Pedas Sahaja : 12.00 tengah hari – 9.00 Malam
Menu lain : Sehingga pukul 1.00 pagi
#Tutup sekiranya dimaklumkan di Facebook mereka

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • asam pedas johor
  • resepi asam pedas johor
  • resepi asam pedas johor asli
  • asam pedas
  • tempat makan sedap di shah alam
  • resepi asam pedas johor paling sedap
  • asam pedas shah alam
  • asam pedas johor asli
  • resepi asam pedas muar
  • asam pedas johor asli resepi
  • resipi asam pedas johor
  • asam pedas ikan pari johor
  • asam pedas johor ikan pari
  • asam pedas sedap
  • asam pedas sedap di shah alam
  • restoran asam pedas shah alam
  • kedai makan best shah alam
  • resepi asam pedas ikan pari johor
  • asam pedas di shah alam
  • resepi asam pedas ikan pari paling sedap
Previous post

Nasi Ambeng Warung Ibu Tanjung Karang

Next post

Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Serina Redzuawan

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. Travel man
    September 24, 2016 at 3:32 pm — Reply

    Not my favourite… ikan x fresh.. size kecil utk harga yg dikenakan.. rasa amat kurang dan bkn rasa asam pedas johor

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *